MGG3401
Forum Badan Bertindak Melayu:
Menggigit Balik (MGG:
Malay Action Front Forum: Biting The Biter (fwd) Walaupun
tempat pelancaran forum berubah
daripada padang Kelab Sulaiman kepada PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra),
mesej yang mahu disampaikan oleh pihak penaja dan peserta forum tidak pun
tercemar dan menyimpang daripada tujuan asalnya. Namun, inilah mesej yang
tidak digemari oleh para pemimpin UMNO. UMNO secara rasminya tidak ada kena
mengena dengan forum itu, MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs) telah
menegah para ahlinya daripada turut serta. Sekaligus ini menunjukkan bahawa
para pengasas forum itu tidak mendapat restu Perdana Menteri. Namun, di
sebalik semua hingar bangar majlis forum itu, satu kumpulan pendesak di dalam
UMNO muncul dari kalangan yang turut serta
yang memikirkan mereka masih mempunyai pengaruh untuk mendesak UMNO
memperbetulkan perjuangan mengikut pandangan yang mereka kemukakan. Setiap
fraksi besar dalam UMNO telah menyisihkan diri mereka, walaupun kewujudan forum itu membantu beberapa
kumpulan yang tidak
menyerlah dalam usaha menyokong si
perdana menteri. Sebelum perhimpunan
itu diadakan, pihak penaja telah cuba mendapatkan sokongan daripada veteran UMNO, tetapi tidak ramai
yang sanggup menerima tawaran mereka. Bekas timbalan perdana meneri, Tun
Ghafar Baba telah hadir, tetapi
ucapannya mengeni perpaduan
perkauman bukanlah sesuatu yang dijangkakan oleh hadirin yang berhimpun di situ. Setiap insan yang berada di atas
pentas adalah ahli UMNO dan tentunya
kehadiran mereka itu memberikan keyakinan
betapa wujudnya kini satu
kumpulan pendesak dalam parti itu. Hakikatnya
tumpuan utama majlis itu ialah
terhadap ketuanan Melayu tetapi ia juga telah mengkritik
kerajaan UMNO dan peranannya
dalam menangani masalah orang Melayu. Namun,
terdapat banyak kelonggaran dalam ucapan yang dikemukakan itu. Ada beberapa penceramah yang berlagak seperti ahli pembangkang. Kalau mereka sebenarnya
ahli pembangkang, sudah pasti mereka akan menerima bahana merasakan keadaan
sebenar menghuni sebuah kamar penjara. Terdapat beberapa kenyataan mengenai
orang Melayu yang berbaur perkauman yang sungguh menakutkan. Perdana
menteri Mahathir Mohammad memang tidak terlepas daripada cemohan mereka. Ramai yang mencemoh cara
pembelaan yang dilakukan
kepada MAS dan Projek LRT. Ramai yang mahukan Mahathir mendengar rintihan
akar umbi dalam parti. Cemohan terhadap Mahathir semakin menggila sehinggakan
ada ketikanya pihak penaja majlis hampir
meminta ahli UMNO (yang tidak tahan mendengar cemohan –penterjemah)
keluar daripada majlis itu untuk seketika. Tentu tidak dapat kita bayangkan
apa yang mungkin terjadi kalau semua penceramah yang berada di atas pentas
keluar daripada majlis itu, kerana mereka samuanya adalah ahli UMNO juga. Kehadiran
sekitar 3,000 peserta di majlis itu menunjukkan mereka amat ingin
melihatkan kehangatan majlis
itu. Ramai yang tiba dengan bas.
Tetapi kehangatan yang dijangkakan tidak pula tercetus. Sekali-sekala
terdengar tepukan gemuruh para
hadirin apabila kerajaan dan juga perdana menteri dicemuh dan sebaik sahaja
rencana Dasar Ekonomi Terbaru
dicadangkan. Kalau hadirin seramai ini berada di padang Kelab Sultan
Sulaiman, kehadiran mereka mudah
dianggap sebagai kewujudan bunga-api
yang sudah lembab sahaja. Yang
menjadi satu perkara luar biasa kali ini ialah cemohan terhadap Mahathir.
Mengikut budaya dan susur galur budaya Melayu, adalah kurang manis mencemuh
dan mengutuk sesaorang pemimpin secara terus terang. Tetapi, sarong keris
sudah semakin tergoyang dalam cakapan seperti ini. Semakin ramai orang Melayu
yang semakin lantang bersuara masakini berbanding dengan sikap mereka di masa
yang lalu. Tidak kiralah sama ada mereka masih berada di tepi pentas kuasa
politik ataupun mereka mewakili diri sendiri sahaja. Apa yang mereka laungkan amat mudah
disambung-sambung terutama sekali kalau ucapan itu merupakan keritikan
terhadap pihak yang memegang kuasa. Perhimpunan
itu berakhir dengan satu resolusi yang diputuskan bersama untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri.
Resolusi itu seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa Perdana Menteri
tidak mungkin mendengar rintihan yang diucapkan kalau tidak dirumuskan dalam satu resolusi untuknya. Apakah
forum seperti ini mampu merobah pemikiran Mahathir untuk menilai dasar-dasrnya
setelah kaedah yang lain
didapati tidak berjaya? Saya fikir
inilah satu lagi cara untuk
memberitahu seluruh dunia betapa berkecamuknya pergolakan dalam UMNO. Segala
ucapan yang dituturkan tidak akan meberikan kelegaaan kepada Mahathir. Semua
itu akan menghantui ketenteramannya. Akhirnya,
kepentingan forum itu terletak kepada perkara yang tidak dibincangkannya.
Semua intipati ucapan yang diluahkan itu adalah gambaran jelas betapa
bergeloranya keadaan politik negara. Namun, semacam ada satu usaha untuk
menentukan satu perkara yang Mahathir tidak mahu mereka bincangkan: kisah
yang menhantui mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang masih lagi
terpenjara. Walaupun
UMNO menunjukkan kurang minat dalam perhimpunan itu, dua timbalan menteri
telah turut serta. Mereka berdua ini masih berada di pinggir gelanggang
kuasa. Keberanian mereka untuk turut serta memberikan gambaran kisah yang memang sudah lama diketahui
oleh semua. -MGG
Pillai- 5.2.
2001 Terjemahan
MT |